Allow me to visit you ^_^

Pages

Friday, August 3, 2012

Puding Caramel (Paling Simple, sedap & senang)

Salam,
Tonite nak share idea dessert untuk berbuka..
Senang & kompem jadi kalau follow resepi ni..siap tips lagi utk dapatkan texture yg smooth tanpa rongga2 udara mcm spongebob..tak caya try la.. :)



BAHAN- BAHAN:

Untuk Puding
1 tin susu cair (susu segar pn bole)
1 tin air
6 biji telur
1/2 cawan gula (anggaran 3-4sudu besar gula)
1 sudu teh asen vanilla  (penting utk kurangkn rasa telur tpi jgn terlebih, puding akan rasa pahit)
1 sudu besar tepung kastard (optional, xda pun still jadi)

Untuk Karamel
3 sudu besar gula
2 sudu besar air

CARA- CARA:

1. Untuk sediakan karamel (gula hangus)..Panaskan loyang besi dan cairkan gula..bila gula cair dan kemerah-merahan masukan air dan ratakan supaya menutupi keseluruhan permukaan loyang. Biarkan kering dan menjadi satu lapisan. *karamel jgn terlalu hangus dan mesti dibiarkan kering.

2. Blend kesemua bahan2 puding sehingga sebati. *tak perlu terlalu lama utk elakan buih2. Tuangkan kedalam loyang dan kukus selama 30-40min. *utk elakkan texture menjagi berongga kukus dengan api yg perlahan.

3. Sejukan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dlm peti sejuk. Bila dah sejuk telangkupkan diatas pinggan. *pastikan sejuk sebelum telangkup utk elakan puding ranap kerana masih panas.



 P/s: Mmg byk version resepi puding ni..1st trial guna resepi lain i dpt texture x smooth but rasa mmg cedap, 2nd trial using resepi di atas texture very smooth n rasa lagi cedap!..

SELAMAT MENCUBA :)

5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...